Tumpuan :
Luar Negara

Raja dan Permaisuri Thailand positif COVID-19

FOTO: AGENSI

BANGKOK: Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan, menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak istana.

Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida menjalani pemeriksaan rutin COVID-19 pada lewat malam Jumaat dan mendapati keputusan ujian adalah positif.

“Baginda berdua tidak mengalami gejala yang serius.

“Pasukan perubatan menasihatkan agar Raja dan Permaisuri berehat daripada melaksanakan tugas rasmi,” menurut kenyataan itu.

Raja Vajiralongkorna dan Permaisuri Suthida melawat Puteri Bajrakitiyabha di Hospital Memorial King Chulalongkorn pada Jumaat.

Puteri Bajrakitiyabha, 44, gering selepas tidak sedarkan diri akibat serangan jantung dan dikejarkan ke hospital pada Rabu. – BERNAMA

Loading...
Terkini