KANADA : Sekurang-kurangnya 17 bangunan musnah dalam kejadian puting beliung yang melanda Alberta.
Menurut Timbalan Datuk Bandar Carstairs, puting beliung memusnahkan 12 kediaman di sepanjang laluannya di antara Didsbury dan Carstairs.
Angin kencang turut diiringi hujan batu mengakibatkan kemusnahan serta meragut nyawa binatang ternakan
Terdapat juga laporan penduduk cedera, namun jumlah sebenar kecederaan dan mangsa yang terjejas masih dalam penelitian
Sebuah pusat komuniti turut dibuka untuk penduduk yang memerlukan tempat perlindungan sementara
Perdana Menteri, Justin Trudeau dalam hantaran di Twitter berkata, beliau bersimpati ke atas nasib mangsa dan akan terus memantau situasi terkini kawasan terjejas. – REUTERS