RUSIA: Ketua tentera upahan Rusia, Yevgeny Prigozhin dilaporkan terbunuh dalam nahas pesawat terhempas yang berlaku di utara Rusia, Tver.
Pihak berkuasa udara Rusia melaporkan Prigozhin merupakan salah seorang antara 10 mangsa yang tersenarai dalam jet peribadi malang itu.
Pesawat itu yang sedang dalam perjalanan dari Moscow ke St. Petersburg membawa tujuh penumpang dan tiga anak kapal, dengan kesemua mereka dilaporkan turut terbunuh.
Bagaimanapun buat masa ini tiada pengesahan rasmi sekiranya Prigozhin secara fizikal, menaiki jet terbabit ekoran tiada saksi yang dapat mengesahkannya.
Siasatan turut memaklumkan, maklumat lokasi nahas ditentukan menerusi padanan imej satelit dengan infrastruktur yang berada di sekeliling lokasi kejadian.