![](https://media.buletintv3.my/2022/12/CaEQ1RlR-pp-cms-7.jpg)
JERMAN: Polis Jerman telah menamatkan operasi tiga laman sesawang utama yang bertanggungjawab menyebarkan bahan pornografi kanak-kanak.
Kesemua laman berkenaan mempunyai lebih sejuta pengguna berdaftar, menjadikan ia hab utama mempunyai kandungan terlarang.
Setakat ini, empat suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.
Tiga antara mereka diberkas di Jerman manakala seorang lagi ditahan di Brazil.
Suspek yang berusia 21 tahun, merupakan dalang utama tiga forum bahan pornografi kanak-kanak yang kini tidak lagi berfungsi.
Operasi ini dilihat wajib sebagai langkah untuk menghentikan penderaan seksual melibatkan kanak-kanak.