ORURO: Polis Bolivia melakukan rampasan 7.2 tan kokain bernilai AS$451 juta atau bersamaan kira-kira RM2.14 bilion.
Rampasan dadah kedua terbesar di negara itu sekaligus menumpaskan usaha penyeludupan kokain ke Belgium.
Ia dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Eduardo Del Castillo hasil operasi yang dijalankan di Pisiga, sempadan Chile.
Dadah itu disembunyikan dalam dua trak yang mengangkut besi buruk untuk dieksport melalui pelabuhan Chile.
Pengedar dadah bagaimanapun sempat melarikan diri dari negara itu ke Amerika Syarikat berikutan dakwaan maklumat yang didedahkan dari pejabat pendakwa raya kepada media.
Bolivia adalah salah satu pengeluar utama koka di dunia, iaitu bahan mentah yang digunakan untuk membuat kokain. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.