WASHINGTON: Bank Dunia menganggarkan perang di Lubnan setakat ini menyebabkan kerugian ekonomi hampir US$5.1 bilion kepada negara itu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Selain itu, kerugian akibat kerosakan harta benda dianggarkan mencecah sekitar US$3.4 bilion, dengan hampir 100,000 unit kediaman musnah atau rosak, menurut bank itu pada Khamis.
Kira-kira 166,000 orang di Lubnan hilang pekerjaan akibat konflik antara Israel dan Hizbullah yang bersekutu dengan Iran.
Konflik itu dianggarkan mengurangkan pertumbuhan KDNK sebenar Lubnan sekurang-kurangnya 6.6 peratus pada 2024.
Sebelum perang bermula, Bank Dunia menyifatkan krisis ekonomi Lubnan yang bermula pada 2019, sebagai antara yang terburuk di dunia sejak pertengahan 1800-an. – BERNAMA-dpa
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.