Penyanyi rap terkenal, Tory Lanez dipenjara 10 tahun setelah didapati bersalah menembak rakan artis, Megan Thee Stallion.
Keputusan itu dibuat mahkamah tinggi Los Angeles mendapati tertuduh turut membawa senjata semi automatik tidak berdaftar.
Lanez didakwa menembak pemenang Grammy itu dengan mencederakan kaki mangsa ketika pesta di Hollywood pada Julai 2020.
Kejadian berlaku akibat pertengkaran antara kedua-dua artis berkenaan mengenai kerjaya muzik masing-masing.
Serangan itu menyebabkan Megan Thee Stallion memerlukan pembedahan dan terapi fizikal untuk berjalan semula.
Dalam kenyataan mangsa ketika sesi wawancara majalah Rolling Stone, kejadian itu menyebabkannya trauma dan hampir memusnahkan karier muziknya.
Kejadian itu turut menggemparkan industri muzik Amerika Syarikat.