Tumpuan :
Luar Negara

Penurunan ketara angka migran rentas sempadan A.S – Mexico

FOTO: Reuters

CIUDAD JUAREZ: Penurunan ketara direkodkan bagi pengendalian kes membabitkan migran merentasi kawasan sempadan di selatan Amerika Syarikat.

Penyusutan pada tahap 50 peratus itu dicatat, sejak dasar penghijrahan menerusi ‘Title 42’ republik itu berakhir Khamis lalu.

Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Alejandro Mayorkas dalam satu temubual media berkata, angka terbaharu itu direkodkan menerusi rondaan sepanjang dua hari lalu, berbanding awal minggu.

FOTO: Reuters

Kira-kira 6,300 migran melintasi sempadan, Jumaat lalu, diikuti 4,200 orang, kelmarin, dan ia disifatkan sebagai ‘penurunan ketara’, berbanding 10,000 migran sehari awal minggu lalu.

‘Title 42’ membolehkan negara berkenaan segera mengusir migran atas alasan kesihatan awam, namun ia terhenti khamis lalu, apabila kerajaan menamatkan pengisytiharan Covid-19 sebagai kecemasan kesihatan awam rasmi.

FOTO: Reuters

Ratusan tentera ditempatkan di sepanjang sempadan negara Uncle Sam bagi usaha itu.

Loading...
Terkini