comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Peneroka haram Yahudi rosakkan kubur Kristian 

FOTO: REUTERS

BAITULMAQDIS: Penganut agama Kristian berang apabila dua peneroka haram Yahudi melakukan tindakan vandalisme di tapak perkuburan Bukit Zion.

Sekurang-kurangnya 30 kubur rosak dalam insiden yang disifatkan jenayah berbaur kebencian itu.

Menurut pihak berkuasa, kerosakan itu diketahui kelmarin apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki warga Israel bertindak mengangkat beberapa batu nisan dan melemparnya sehingga berkecai.

Perbuatan ini dipercayai didorong ketaksuban melampau selain kebencian mereka terhadap penganut Kristian.

Tapak perkuburan sejak pertengahan abad ke-19 itu merupakan tempat persemadian ramai tokoh terkemuka terdiri daripada saintis, ahli politik dan golongan paderi.

Pelaku kini dalam buruan polis dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini