AMERIKA SYARIKAT: 49 individu berbangsa Yahudi ditahan polis selepas mengadakan tunjuk perasaan sebagai tanda solidariti ke atas penduduk Palestin berhampiran bangunan US Capitol, di Washington.
Kebanyakan mereka didakwa melanggar penghadang dan menceroboh masuk ke bangunan itu.
Tunjuk perasaan dianjurkan oleh Kumpulan Jewish Voice For Peace.
Mereka hadir memakai baju hitam dan membawa kain rentang
Mereka yang hadir mendesak Presiden Joe Biden mengusahakan gencatan senjata di antara Israel dan Palestin bagi menghentikan kekejaman ke atas penduduk Palestin
Terdahulu, dalam satu video dimuat naik ke internet, kumpulan terbabit turut menggesa orang ramai menyertai demonstrasi itu. – AXIOS