PAKISTAN: Penahanan bekas perdana menteri Pakistan, Imran Khan telah dirancang lebih awal selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadapnya.
Menurut peguamnya, ia sudah dijangka susulan rentetan dan kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa sebelum ini.
Polis menahan ikon politik itu di Lahore, semalam atas tuduhan menjual hadiah negara secara haram.
Artikel berkaitan: Jual hadiah negara secara haram, Imran Khan dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun
Imran juga dituduh gagal mengisytiharkan hadiah itu kepada suruhanjaya pilihan raya.
Menurut penganalisis politik, ia juga bakal memberi laluan mudah buat perdana menteri, Shehbaz Sharif dalam pilihan raya umum yang dijangka November depan.
Selain berpotensi menghalang Imran daripada bertanding dalam pilihan raya berkenaan.
Penahanan itu mencetuskan kemarahan penyokong Imran yang mendesak agar dia dibebaskan dan berikrar untuk meneruskan bantahan di seluruh negara.