Tumpuan :
Luar Negara

Penagih ‘hisap’ syabu dalam perpustakaan, premis ditutup

FOTO: Global Look Press (PUSTAKA)

COLORADO: Perpustakaan awam utama Boulder ditutup buat sementara waktu berikutan terdapat pencemaran dadah yang serius tatkala jumlah kemasukan pelawat yang dipercayai penagih turut meningkat.

Fasiliti itu ditutup pada 20 Disember lalu apabila paras dadah jenis methamphetamine atau syabu yang tinggi ditemui di dalam saluran udara bilik air premis berkenaan.

Arahan penutupan dilaksanakan selepas banyak laporan individu menghisap rokok diterima pihak perpustakaan sejak sebulan kebelakangan ini.

Bertindak daripada laporan itu, ujian persekitaran yang dijalankan menjurus kepada penemuan yang mengejutkan apabila sampel ujian dicemari methaphetamine.

Pada 28 Disember pula, pihak berkuasa memaklumkan majoriti sampel ujian mengesahkan bilik air itu dicemari bahan terlarang terbabit.

Beberapa sampel lagi mendapati tempat duduk di dalam pustaka itu turut tercemar, dipercayai menjadi lokasi perdagangan kontraban itu.

Loading...
Terkini