Tumpuan :
Luar Negara

Pemimpin EU dan ASEAN adakan sidang kemuncak sempena 45 tahun hubungan EU-ASEAN

FOTO: AGENSI

BRUSSELS: Pemimpin EU kini berada di Brussels pada Rabu untuk menghadiri sidang kemuncak dengan rakan sejawatan dari Asia Tenggara sempena 45 tahun hubungan dengan ASEAN, lapor dpa.

Antara agenda perbincangan pada sidang kemuncak itu termasuk mengenai ekonomi, keselamatan makanan dan perubahan iklim, memetik surat jemputan yang diterbitkan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel.

Selain itu, pemimpin kedua-dua pihak juga akan membincangkan situasi keselamatan di Asia Tenggara susulan ketegangan Amerika Syarikat-China mengenai Taiwan.

EU dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kata seorang pegawai EU.

Perjanjian perjalanan udara juga dijangka ditandatangani antara EU dan ASEAN.

Undang-undang terbaharu yang mengharamkan seks luar nikah bermula 2025 yang diluluskan di Indonesia juga dijangka dibangkitkan pada sidang kemuncak itu.

ASEAN dianggotai 10 negara iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

Loading...
Terkini