comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Pemilihan calon PM Thailand diadakan semula pada 19 Julai

 

BANGKOK: Parlimen Thailand mengesahkan pemilihan calon perdana menteri baharu negara itu bakal diadakan sekali lagi pada minggu hadapan bersamaan 19 Julai.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Speaker Dewan Thailand, Pichet Chuamuangphan hari ini.

Setakat ini belum ada makluman sama ada calon dari Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat masih dikekalkan selaku calon tunggal ataupun beliau bakal berdepan calon baharu dalam pemilihan terbabit.

Pemilihan kali kedua terpaksa dilakukan selepas Pita gagal memperoleh 375 undi diperlukan daripada 749 ahli Parlimen termasuk 249 ahli Senat.

FOTO: Reuters

Beliau gagal meraih sokongan yang diperlukan dengan kebanyakan ahli Parlimen berkecuali dan mengundi menentangnya susulan manifesto Pita yang ingin merombak akta berkaitan sistem beraja mendapat kritikan hebat.

Dalam pada itu, media tempatan turut melaporkan parti sekutu MFP, Parti Pheu Thai mungkin mengemukakan calon perdana menterinya sendiri dan jika calonnya beroleh undian tertinggi, Parti Pheu Thai berkemungkinan besar boleh mewujudkan kerajaan baharu tanpa penyertaan MFP.

MFP kini mengetuai gabungan yang terdiri lapan parti dengan 312 daripada 500 kerusi di Dewan Perwakilan.

Loading...
Terkini