comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Pelantikan perdana menteri jadi tumpuan penggal parlimen baharu

FOTO: Wikipedia

THAILAND: Parlimen Thailand memulakan persidangan penggal baharu secara rasmi selepas Raja Maha Vajiralongkorn merasmikan sidang siang tadi.

Tumpuan tentunya terarah proses pemilihan perdana menteri dan keabsahan gabungan parti yang bakal membentuk kerajaan baharu selepas kemenangan mengejut Parti Move Foward (MFP) pada pilihan raya, lebih sebulan lalu.

MFP akan bergabung dengan parti populis, Pheu Thai selepas kedua-duanya meraih kemenangan besar.

Kedua-dua parti bagaimanapun masih belum sepakat berhubung calon yang bakal mengisi jawatan speaker dewan.

Namun Pheu Thai menyatakan sudah mempunyai calon untuk jawatan itu.

Selepas dipilih, speaker perlu melakukan undian untuk memilih perdana menteri yang memerlukan undian lebih separuh daripada 750 ahli parlimen.

Gabungan itu menyokong pemimpin MFP, Pita Limjaroenrat, 42 tahun, untuk dilantik sebagai perdana menteri.

MFP memiliki 312 kerusi dan Pita memerlukan 376 undi untuk mengisi jawatan berkenaan.

64 lagi undi diperlukan sama ada daripada parti lawan atau ahli senat yang dilantik di bawah tentera.

Loading...
Terkini