WASHINGTON D.C: Syarikat penyedia perkhidmatan ekspedisi kapal selam, OceanGate yang berpangkalan di Amerika Syarikat, membuat keputusan menggantung semua operasi eksplorasi dan komersial yang sudah dijadualkan.
Perkara itu dimuat naik di dalam laman sesawang rasmi OceanGate baru-baru ini.
Setakat ini, tiada butiran lanjut berhubung tempoh penggantungan operasi eksplorasi terbabit dimaklumkan.
Sebelum penggantungan operasi berkenaan berkuat kuasa, dua jelajah eksplorasi OceanGate sudah dijadualkan pada bulan Jun 2024.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Kanada masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar letupan kapal selam Titan yang meragut kesemua lima nyawa, 18 Jun lalu.
SUMBER REUTERS