comscore
Tumpuan :
Luar Negara

NASA rakam imej matahari ‘tersenyum’

Foto: NASA

WASHINGTON: Satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) merakam imej matahari yang kelihatan seperti ‘tersenyum’.

Agensi angkasa Amerika Syarikat itu mengeluarkan imej itu pada Rabu di Twitter dengan kapsyen; “hari ini, Balai Cerap Dinamik Suria Nasa merakam matahari ‘tersenyum’.”

The Guardian melaporkan, dilihat dalam cahaya ultraungu, tompok gelap pada matahari itu dikenali sebagai lubang koronal dan kawasan di mana angin kencang suria memancar keluar ke angkasa lepas.

Balai Cerap Dinamik Suria Nasa ialah misi agensi yang bertujuan untuk menyiasat bagaimana aktiviti pancaran matahari berlaku dan memacu cuaca angkasa.

Mula dilancarkan pada 11 Februari 2010, kapal angkasa balai cerap mengukur kedalaman matahari, atmosfera, medan magnet dan output tenaga.

Walaupun imej itu kelihatan ‘mesra’, pakar memberi amaran lubang koronal matahari mungkin bermakna ribut solar akan melanda bumi.

Ribut ini dikatakan akan meningkatkan keterlihatan cahaya kutub juga dikenali sebagai aurora di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan.

Loading...
Terkini