comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Nahas lebih 60 kenderaan, 6 maut.

FOTO: Reuters

ILLINOIS: Angin kencang yang melanda Illinois, Amerika Syarikat mengakibatkan kemalangan membabitkan banyak kenderaan hingga meragut nyawa di Lebuhraya Interstate 55.

Enam maut susulan insiden itu.

Menurut pihak berkuasa, keadaan berdebu ekoran angin kencang menjadi punca nahas yang melibatkan sehingga 60 kenderaan dan beberapa buah treler.

FOTO: Reuters

Lebih 30 mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan segera.

Rentetan kejadian, lebuh raya utama di utara St. Louis berkenaan terpaksa ditutup.

Aliran trafik juga dilencongkan ke laluan lain, berikutan usaha memindahkan kenderaan yang terlibat dijangka mengambil masa lama.

Siasatan awal mendapati, debu menjadi faktor utama jarak penglihatan terhad sekaligus mendorong berlakunya kemalangan.

FOTO: Reuters
Loading...
Terkini