Tumpuan :
Luar Negara

Nahas bas di Brazil ragut empat nyawa remaja

FOTO: REUTERS

MINAS GERAIS : Sekurang-kurangnya empat maut selepas sebuah bas terhumban dari jambatan di timur Brazil.

Ketika kejadian bas terbabit membawa pasukan bola sepak sebuah kelab yang menjuarai kejohanan bawah 18 tahun tempatan.

Bas itu hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam dari sebuah jambatan pada ketinggian 10 meter di daerah Alem Paraiba.

Mangsa yang maut berusia antara 14 dan 17 tahun.

Mangsa yang cedera pula dikejarkan ke hospital untuk rawatan segera. Punca sebenar nahas masih disiasat. –  REUTERS

Loading...
Terkini