comscore
Tumpuan :
Luar Negara

‘Menteri Kopi’ Pertama Di Dunia

Sumber foto: AP

PAPUA: Perdana Menteri, James Marape mengumumkan barisan kabinetnya kini bukan sahaja terdiri daripada wajah baharu, malah ia akan turut dibarisi jawatan pertama seumpamanya di dunia, iaitu ‘Menteri Kopi’.

Di Papua New Guinea, industri kopi dijangka akan menjana lebih banyak hasil daripada aktiviti eksportnya di masa akan datang.

Bahan komoditi itu yang menjadi penyumbang kedua terbesar selepas minyak sawit, berkongsi 27% daripada sektor agrikultur dan 6% keluaran dalam negara kasar.

Marape sebelum ini memenangi pilihan raya semula selepas proses demokrasi itu terpalit kontroversi keganasan dan penipuan undi.

Selain ‘Menteri Kopi’, satu lagi jawatan baharu yang diwujudkan adalah ‘Menteri Minyak Sawit’.

Pelantikan ini menunjukkan betapa signifikannya sektor agrikultur di Papua New Guinea.

Loading...
Terkini