
INDONESIA: Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian pendaki berusia 20 tahun yang maut dalam letusan Gunung Marapi tempoh hari.
Mangsa, Yasirli Amri yang lebih mesra disapa Sherly merupakan satu-satunya daripada 22 pendaki yang maut apabila Marapi meletus 3 Disember lalu.
Dilaporkan sejumlah 75 pendaki berada di kawasan itu pada hari kejadian dan buat masa ini seorang lagi pendaki masih hilang.
Rakaman video tular yang dimuat naik Sherly ke akaun media sosial bagi memohon bantuan menunjukkan wajahnya dilitupi abu panas.
Menurut abangnya, Fransua Mitra, ini adalah kali pertama adiknya mendaki.
Letusan pada Ahad ini merupakan yang terburuk sejak tahun 1979 yang meragut 60 nyawa.
Marapi merupakan salah satu gunung berapi yang paling aktif di Kepulauan Sumatra dan sebelum ini pernah meletus apda Januari dan Februari.