VIENNA: Selepas tiga terkorban semalam, 5 lagi mangsa dilaporkan maut dalam kejadian runtuhan salji di Austria.
Kejadian berlaku sewaktu musim cuti sekolah di Vienna, dengan amaran runtuhan salji diletakkan pada tahap empat selepas ribut salji dan angin kencang melanda selama beberapa hari.
Polis wilayah Tyrol memaklumkan mayat pertama, seorang lelaki berusia 59 tahun ditemui tertimbus ketika mangsa membantu usaha mengalihkan salji.
Dua peluncur salji berumur 29 dan 33 tahun pula ditemukan maut di St Anton am Arlberg.
Selain itu, lelaki berusia 62 tahun yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar meluncur salji di sekitar puncak Hohe Aifner, dijumpai anggota penyelamat tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.
Sejak dua hari lalu, salji lebat dan angin kencang meningkatkan risiko runtuhan salji, dengan pegawai memberi amaran supaya orang ramai berhati-hati ketika melakukan aktiviti meluncur salji.