Tumpuan :
Luar Negara

Lima dijatuhi hukuman penjara, rompak barang kemas abad ke-18 dari Muzium Dresden

FOTO: Agensi

DRESDEN: Mahkamah menjatuhkan hukuman empat hingga enam tahun penjara terhadap lima lelaki kerana didapati bersalah mencuri barang kemas tinggalan sejarah dari Dresden’s Green Vault, dan media menyifatkan ia rompakan paling menakjubkan dalam sejarah Jerman.

Kesemua tertuduh dikenal pasti menganggotai “klan Remmo”, sebuah rangkaian jenayah terancang di Jerman, lapor berita Jerman agensi (dpa).

Hukuman itu adalah sebahagian daripada rundingan yang dicapai pada Januari membabitkan pihak pembelaan, pendakwaan dan mahkamah selepas kebanyakan permata yang dicuri telah dipulangkan pada akhir 2022.

Defendan keenam yang mempunyai alibi telah dibebaskan.

Pada 25 Nov 2019, dua pencuri memecah masuk ke dalam Green Vault di muzium Istana Diraja Dresden melalui tingkap dan memecahkan kotak pameran menggunakan kapak.

Dalam tempoh beberapa minit, mereka berjaya melarikan barang kemas abad ke-17 dan ke-18.

Kira-kira 4,300 berlian dan batu permata telah dicuri daripada bangunan tertua di Dresden yang menempatkan koleksi khazanah terbesar di Eropah. – BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini