AFRIKA SELATAN : Seorang maut manakala 41 lagi cedera termasuk dua daripadanya kritikal dalam letupan di tengah-tengah bandar Johannesburg.
Letupan mengakibatkan kerosakan besar jalan raya dengan kenderaan di kawasan berkenaan terbalik.
Ramai menyangka, letupan berpunca daripada kebocoran saluran gas bawah tanah.
Namun syarikat pembekal Egoli Gas, dalam satu kenyataan menafikan dakwaan itu.
Tambahnya, tiada sebarang kehilangan tekanan di saluran gas dikesan dan pelanggan menerima bekalan tanpa sebarang gangguan.
Primier wilayah Gauteng, Panyaza Lesufi mengesahkan siasatan sedang dijalankan pihak berkaitan bagi mengenal pasti punca kejadian