Tumpuan :
Luar Negara

Letupan lori tangki minyak korbankan 10 nyawa, 40 cedera

AFRIKA SELATAN: Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 40 lagi cedera dalam letupan lori tangki minyak di Boksburg.

Menurut Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan William Ntladi, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.50 pagi berhubung kebakaran sebuah lori.

Ketika kejadian lori tangki berkenaan membawa kira-kira 60,000 liter cecair gas petroleum.

Ia kemudian tersekat ketika melalui sebuah lorong di bawah jambatan berhampiran penempatan penduduk.

Insiden mengakibatkan lori tangki berkenaan terbakar dan meletup

Beberapa bangunan, kediaman serta kenderaan penduduk yang diparkir berdekatan turut mengalami kerosakan

Kebanyakan mangsa yang cedera pula dilaporkan kritikal dengan sebilangan daripadanya stabil.

Enam anggota bomba turut mengalami kecederaan ringan. – AFP

Loading...
Terkini