comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Lelaki ‘Tawan’ Bank Dibebaskan Mahkamah Lubnan

BEIRUT, Lubnan : Seorang lelaki yang ditahan selepas menawan 10 individu di dalam sebuah bank ekoran tidak dibenar mengeluarkan wang simpanannya sendiri, akhirnya dibebaskan oleh mahkamah Lubnan.

Menurut The Associated Press, perkara itu dimaklumkan oleh keluarga lelaki terbabit, Bassam al-Sheikh Hussein selepas bank pusat menggugurkan dakwaan ke atasnya.

Kes Bassam menjadi tumpuan utama di Lubnan selepas dia bertindak mengugut bank untuk mengeluarkan wang simpanannya berjumlah AS$210,000 bagi membiayai kos rawatan bapanya selain menanggung perbelanjaan hariannya.

Bassam al-Sheikh Hussein dibebaskan oleh Mahkamah Lubnan selepas bank pusat menggugurkan dakwaan terhadapnya. – FOTO : Reuters

Dia juga turut mengugut akan membakar dirinya sendiri jika tidak dibenar berbuat demikian.

Susulan kes berkenaan, pihak bank bersetuju untuk membenarkan Bassam membawa keluar AS$35,000 daripada wang simpanannya.

Tiada individu yang cedera sewaktu kejadian berlaku.

Keadaan inflasi di Lubnan yang semakin buruk mengakibatkan kerajaan mengenakan peraturan ketat dalam pengeluaran mata wang asing, sekali gus menjejaskan pengeluaran wang simpanan rakyat negara itu.

Loading...
Terkini