comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Lelaki serang tadika, 6 maut, seorang parah.

FOTO: Reuters

GUANGDONG: Enam orang maut manakala seorang lagi cedera dalam serangan di sebuah tadika di Wilayah Guangdong, China.

Menurut jurucakap perbandaran, mangsa membabitkan seorang guru, ibu, bapa dan tiga pelajar.

Insiden berlaku sekitar 7.40 pagi waktu tempatan.

Suspek seorang lelaki berusia 25 tahun dari Lianjiang bagaimanapun telah ditahan.

FOTO: Reuters

Siasatan giat dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar serangan.

Setakat ini, tiada butiran lanjut didedahkan.

FOTO: Reuters

Beberapa kes serangan maut menyasarkan sekolah berlaku di negara tembok besar itu mendorong pihak berkuasa meningkatkan keselamatan di institusi berkenaan.

China juga melarang sekeras-kerasnya rakyat daripada memiliki senjata api dan peralatan yang meningkatkan kebarangkalian tercetusnya insiden tidak diingini.

Loading...
Terkini