Tumpuan :
Luar Negara

Lebih 60 wanita, kanak-kanak dibebaskan di Burkina Faso selepas diculik

Foto: AFP

OUAGADOUGOU: 66 wanita dan kanak-kanak yang diculik oleh penyerang bersenjata di utara Burkina Faso minggu lalu telah dibebaskan, kata penyiar kebangsaan Radiodiffusion Television du Burkina (RTB) semalam.

Penculikan besar-besaran itu tidak pernah berlaku sebelum ini di Burkina Faso, yang dilanda pemberontakan oleh puak pengganas yang merebak dari negara jiran Mali pada 2015.

Pada 12 dan 13 Januari lalu, lelaki bersenjata dikatakan telah menculik wanita dan anak-anak mereka semasa menyelusuri semak untuk mencari buah dan daun di luar dua buah kampung di daerah Arbinda, di wilayah Sahel.

Pasukan keselamatan yang melakukan operasi menyelamat telah menemui 27 wanita dan 39 bayi dan kanak-kanak termasuk remaja perempuan di wilayah Pusat-Utara bersebelahan.

Sumber kerajaan mengesahkan maklumat itu tetapi tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

Burkina Faso adalah salah satu daripada beberapa negara di Afrika Barat yang memerangi pemberontakan yang berleluasa dikaitkan dengan kumpulan al Qaeda dan militan IS.

Loading...
Terkini