TOKYO: Lebih 3,000 produk makanan di Jepun dijangka mengalami kenaikan harga bermula hari ini.
Menurut data Pusat penyelidikan Jepun Teikoku Database, tinjauan membabitkan 195 syarikat, harga 3,442 barangan makanan dan minuman.
Pada April, sekitar 4,892 produk makanan dan minuman turut dijangka mengalami peningkatan.
Menurut statistik daripada Kementerian Hal Ehwal Negara yang dikeluarkan minggu lalu, kenaikan paras harga di Jepun pada Januari mencapai 4.2 peratus tahun ke tahun
Ia menandakan lonjakan tertinggi dalam tempoh 42 tahun lalu sejak September 1981. – BERNAMA