TOKYO: Jepun mengancam untuk heret China ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung tindakan Beijing yang melarang import makanan laut Jepun susulan pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima.
Menurut Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi, Tokyo bakal mengambil langkah sewajarnya ke atas tindakan Beijing dibawah rangkaian WTO.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Menteri Keselamatan Ekonomi Jepun, Sanae Takaichi tidak menolak untuk memfailkan aduan ke WTO jika bantahan diplomatik tidak berkesan.
China katanya harus memberikan maklumat yang tepat mengenai pelepasan air loji Fukushima daripada terus menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Jepun mula melepaskan isi padu air terawat dari fukushima ke Lautan Pasifik pada Khamis lalu, 12 tahun selepas tragedi tsunami.
Semua unsur radioaktif itu dilaporkan sudah ditapis kecuali tritium, yang tahapnya berada dalam had selamat dan lebih rendah daripada yang dikeluarkan oleh stesen janakuasa nuklear dalam operasi biasa termasuk di China. – REUTERS