Tumpuan :
Luar Negara

Laporan Turkiye pajak Pelabuhan Khoms di Libya tidak benar – Pegawai

Foto: Agensi

BENGHAZI: Laporan media yang mendakwa pihak berkuasa Libya telah memeterai perjanjian dengan Kementerian Pertahanan Turkiye mengenai pajakan pelabuhan Khoms adalah tidak benar, kata jurucakap kerajaan perpaduan Libya, Mohamed Hamouda.

Pada Rabu, media melaporkan Libya telah mencapai persetujuan dengan Turkiye yang akan membolehkannya memajak pelabuhan Khoms selama 99 tahun untuk tujuan ketenteraan bagi keperluan tentera udara dan tentera laut Turkiye.

“Itu tidak benar,” kata Hamouda, lapor Sputnik pada Khamis. – BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini