LONDON: Menteri Dalam Negeri Britain, Suella Braverman dipecat dalam rombakan kabinet negara itu menjelang pilihan raya umum yang dijangka tahun depan.
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak kebelakangan ini sering menerima tekanan untuk memecat Braverman, seorang pemain sayap kanan yang lantang bersuara dan meningkatkan ketegangan dalam demonstrasi pro-Palestin yang berlangsung beberapa minggu dengan bantahan balas di Britain.
Sehingga kini, belum diketahui nama yang akan menggantikan Braverman, bagi jawatan itu.
Namun bagaikan tidak serik, Braverman berkata, pemecatannya adalah keistimewaan terbesar dalam hidupnya untuk berkhidmat sebagai setiausaha negara dan akan bersikap lebih lantang pada masa akan datang.
Pemecatan itu berlaku ketika parti konservatif yang memerintah mengesahkan, rombakan besar-besaran menteri atasan Sunak sedang dijalankan pertama kali sejak menjadi pemimpin negara itu pada 25 Oktober 2022.
Perubahan itu dijangka bakal memberi kelebihan kepada penyokong setia dan ahli parlimen yang baru muncul, selepas hampir 14 tahun berkuasa menjejaskan populariti Tories.
Parti itu mengekori pembangkang utama parti Buruh dengan margin dua angka sepanjang masa Sunak memerintah, dan secara meluas dijangka akan kalah dalam pilihan raya akan datang yang dijadualkan tahun depan.
Braverman telah mencetuskan kontroversi sepanjang tempoh perkhidmatannya, mengambil sikap tegas terhadap imigresen khususnya dan kerap terpalit dengan isu perang budaya yang dilihat sebagai memecahbelahkan pengundi.
Kedudukannya semakin rapuh selepas menulis artikel akhbar, tanpa kelulusan Sunak, dan menuduh polis berat sebelah terhadap tujuan berhaluan kiri.
Penulisan itu dikatakan punca yang terus mencetus ketegangan menjelang protes hujung minggu terhadap kekejaman Israel di Gaza, yang bertepatan dengan peristiwa Hari Gencatan Senjata, dan mendorong gesaan agar dia dipecat.