comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Kematian Besar Ikan Di Sungai Jerman-Poland Dikhuatiri Berpunca Pembuangan Sisa Kimia

FOTO: AFP

SCHWEDT, Jerman: Beribu-ribu ikan telah mati dihanyutkan di Sungai Oder yang mengalir melalui Jerman dan Poland, sehingga mencetuskan amaran tentang bencana alam sekitar apabila penduduk digesa tidak melakukan sebarang aktiviti di sungai itu.

Ribuan ikan mati yang terapung di tepi tebing sungai berhampiran timur bandar Schwedt, Jerman itu dipercayai dihanyutkan di hulu sungai dari Poland.

Laporan pertama mengenai sejumlah besar ikan yang mati itu dibuat oleh penduduk tempatan dan pemancing seawal 28 Julai lalu.

Pihak berkuasa Jerman menuduh pihak berkuasa Poland gagal memaklumkan kepada mereka tentang kematian ikan-ikan itu, dan terkejut apabila gelombang besar ikan mati itu mula terapung.

Di Poland, kerajaan negara itu menerima kritikan hebat kerana gagal mengambil tindakan pantas.

Selepas hampir dua minggu kumpulan besar ikan mati pertama kelihatan terapung di sebuah perkampungan di Poland, Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki berkata, beliau mengakui bahawa situasi itu adalah membabitkan pencemaran pada skala besar dan memerlukan masa bertahun-tahun untuk pulih.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar Jerman, Steffi Lemke menggesa siasatan menyeluruh dilakukan dengan menyifatkan ia sebagai bencana alam sekitar.

Loading...
Terkini