TEBING BARAT: Kem pelarian Jenin kini turut hancur.
Serbuan tentera Israel di wilayah yang diduduki di Tebing Barat menyaksikan serangan bertali arus selama 60 jam tanpa henti ke kem itu.
Menurut wakil Al Jazeera, Hoda Abdel Hamid, pekan itu musnah sepenuhnya, tiada langsung premis yang tinggal beroperasi.
Hoda melaporkan dari pintu masuk kem berkenaan di mana anggota rejim ditempatkan.
Dinding kedai-kedai berhampiran dipenuhi simbol Israel dan zionis selain air kumbahan turut memenuhi jalan raya tatkala infrastruktur kem turut dimusnahkan.
Rejim zionis memulakan operasi dengan menggunakan jentolak untuk kerja-kerja pemusnahan.
500 rakyat Palestin ditahan tanpa sebab yang kukuh dan mereka turut dipukul sewaktu proses soal siasat.
Majoriti mereka kemudian dibebaskan.