comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Kediaman musnah, gempa bumi dasar laut 7.6 magnitud dikesan di timur Indonesia

FOTO: AFP

JAKARTA: Beberapa kediaman musnah apabila gempa bumi dasar laut membadai timur Indonesia.

Gegaran turut dirasai sehingga ke utara Australia.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa dikesan pada kedalaman 105 kilometer, tidak jauh dari hujung utara Australia.

Sehubungan itu, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia mengeluarkan amaran tsunami tiga jam sebaik gegaran berukuran 7.6 magnitud itu berlaku.

Pemerhatian mendapati tiada sebarang perubahan paras laut yang ketara dikesan.

Gegaran dirasai di beberapa wilayah, termasuk wilayah Papua dan Nusa Tenggara Timur.

Loading...
Terkini