
HIMALAYA: Pekan Maroda mulai tenggelam dan rumah di sini menunjukkan tanda-tanda akan runtuh ekoran terjejas dari kerja-kerja pembinaan.
Salah seorang penduduk, Jaswant Singh Butola mengakui terkejut dengan keadaan kampungnya ketika ini.
Dia dan ratusan yang lain bakal diarahkan untuk meninggalkan kediaman yang telah didiami mereka sejak puluhan tahun yang lalu.
Menurut Butola lagi, tanah di kampung yang memuatkan 45 keluarga ini dilihat mula tenggelam sejak 18 bulan lalu sebaik kerja-kerja pembinaan laluan kereta api bermula.
Kerajaan Narendra Modi kini sedang dalam usaha untuk membawa infrastruktur gergasi ke kawasan pergunungan Himalaya termasuk loji kuasa hidro, laluan kereta api dan lebuhraya.
Beberapa projek ini terletak di kawasan lereng gunung yang tidak stabil berupaya mencetuskan tanah runtuh, banjir kilat dan kemusnahan kawasan kejiranan.