comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Jururawat kejam bunuh tujuh bayi baru lahir

Foto: Reuters

LONDON: Seorang jururawat Britain didapati bersalah kerana membunuh tujuh bayi yang baru lahir dan cubaan membunuh enam yang lain.

Kejadian berlaku di Unit Neonatal Hospital Countess of Chester di barat laut England antara Jun 2015 dan Jun 2016.

Lucy Letby, 33 tahun, dibicarakan sejak Oktober tahun lalu, dituduh sama ada menyuntik mangsa yang sakit atau pramatang dengan udara, memberi mereka susu berlebihan atau meracuni mereka dengan insulin.

Juri berbincang selama 22 hari, mengembalikan keputusan bersalah pertama mereka pada 8 Ogos, yang tidak dapat dilaporkan sehingga semalam kerana perintah mahkamah.

Foto: Reuters

Juri membebaskannya daripada dua pertuduhan, dan tidak dapat membuat keputusan ke atas pertuduhan cubaan membunuh enam yang lain.

Pendakwa raya meminta 28 hari untuk mempertimbangkan sama ada untuk mendapatkan perbicaraan semula terhadap pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan menyifatkan Letby sebagai wanita licik menggunakan kaedah membunuh yang tidak meninggalkan banyak kesan.

Letby akan dijatuhkan hukuman Isnin ini. – REUTERS

Loading...
Terkini