GAZA : Tentera rejim Zonis meneruskan serangan bertali arus ke atas Gaza dengan menyasarkan infrastruktur awam serta tiga hospital.
Serangan tidak berhati perut tentera rejim ke Hospital Al-Shifa menyebabkan kemusnahan serta kebakaran.
Tentera rejim turut membaling bom ke arah Hospital Indonesia yang menjadi tempat perlindungan ribuan mangsa cedera serta penduduk Gaza.
Pada masa sama tentera rejim mempertingkat serbuan di Tebing Barat termasuk kem pelarian dan bandar Jenin.
Serbuan terbaharu menyaksikan hampir 20 penduduk Palestin maut dan 20 lagi cedera termasuk pasukan paramedik.
Ketegangan dalam tempoh 24 jam lalu juga menyaksikan hampir 250 penduduk Palestin terbunuh.
Sekali gus menjadikan angka korban meningkat kepada hampir 11,000 orang sejak peperangan bermula pada 7 Oktober lalu.
Dalam pada itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB memberi amaran pergolakan yang berterusan di Gaza masuk bulan kedua akan menyebabkan paras kemiskinan penduduk meningkat 34 peratus, mengeret kira-kira separuh juta penduduk Gaza ke bawah paras kemiskinan. AL JAZEERA