comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Israel lancar 212 serangan sasar fasiliti kesihatan

Foto: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 212 serangan menyasarkan penjagaan kesihatan di Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Ekoran serangan ini, lebih 565 kematian serta 732 kecederaan direkodkan, selain 56 fasiliti kesihatan dan 59 ambulans terjejas dalam serangan.

Sekitar 60 peratus serangan menyebabkan fasiliti kesihatan dan hospital musnah dilaporkan berlaku dalam Gaza City.

Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa campur tangan serta undang-undang antarabangsa dihormati, bagi memastikan keselamatan penjagaan kesihatan.

Menurut wakil WHO di Gaza, Dr Richard Peeperkorn, “Kami terpaksa memindahkan sebanyak mungkin bekalan perubatan dari dua gudang di Khan Younis ekoran peningkatan aktiviti ketenteraan di kawasan sekitar.”

“Kami sudah tidak lagi mampu beroperasi dari gudang berkenaan.

WHO sebelum ini menyewa gudang terbabit untuk meneruskan operasi rawatan dan penyimpanan ubat-ubatan.

Loading...
Terkini