comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Israel hadkan pergerakan rakyat Palestin di Tebing Barat

FOTO Reuters

BAITULMAQDIS: Sekatan jalan raya dan sekatan baharu di Tebing Barat yang dikenakan oleh tentera Israel, telah mengehadkan pergerakan penduduk Palestin di kawasan itu, memisahkan kampung dari bandar dan bandar, serta mengurangkan bilangan laluan yang dibuka untuk kenderaan.

Keganasan di Tebing Barat telah meningkat sejak Israel mula mengebom Semenanjung Gaza dan bertempur dengan pejuang Hizbullah di sempadan Lubnan, mencetuskan kebimbangan bahawa wilayah Tebing Barat Palestin boleh menjadi barisan ketiga dalam perang yang lebih luas.

Pertempuran membabitkan tentera Israel dan peneroka haram Yahudi serta rakyat Palestin telah bertukar maut. Lebih 80 rakyat Palestin terbunuh dalam keganasan Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu dan Israel telah menahan lebih 900 orang.

 

Rejim Zionis turut melakukan serbuan baharu semalaman dan subuh pada Jumaat lalu dan menahan lebih ramai penduduk Palestin.

Penduduk Palestin di Tebing Barat sentiasa berada dalam ketakutan, berikutan tentera Israel secara berterusan melakukan serbuan. Tentera Israel telah menyerbu dan melakukan serangan udara di kem pelarian Palestin di Tebing Barat pada Khamis lalu, membunuh sekurang-kurangnya 12 orang.

Keganasan itu menimbulkan cabaran kepada kedua-dua belah pihak iaitu Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA), satu-satunya badan pemerintah Palestin yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang beribu pejabat di sana. – REUTERS

Loading...
Terkini