comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Iran nafi terlibat serangan Hamas, namun pertahan hak Palestin

FOTO Reuters

TEHRAN: Kementerian Luar Iran menafikan dakwaan peranan negara itu terlibat secara langsung dalam konflik Palestin-Israel.

Namun menambah, rakyat Palestin mampu mempertahankan hak mereka sendiri dan menentang penjajahan Israel.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani berkata, gerakan penentangan rakyat Palestin terhadap israel adalah sah, dan menyeru semua negara Islam untuk menyokong Palestin.

Sebagai respon beberapa dakwaan media mendakwa iran terlibat dalam serangan Hamas ke atas Israel, Kanani berkata Palestin mempunyai keupayaan untuk mempertahankan haknya dan menentang pencerobohan rejim.

Tegas beliau, kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin selama beberapa dekad berkait rapat dengan sokongan barat dan mengabaikan tanggungjawab antarabangsa.

Bidasnya, tuduhan terhadap iran juga semata-mata bermotif politik, dan ia digunakan barat untuk menyokong Israel dan memesongkan persepsi umum.

Misi iran ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) juga untuk menyatakan, Tehran tidak terlibat dalam pertempuran terbaru itu selain mempertahan tindak balas pejuang Palestin.

Loading...
Terkini