JAKARTA: Indonesia bersiap sedia untuk menangani pencemaran udara menjelang Sidang Kemuncak ke-43 ASEAN yang dijadualkan berlangsung di Jakarta, awal bulan depan.
Pencemaran udara yang teruk di Jakarta, menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan dalam kalangan penduduk.
Ketua Kawalan Penyakit Pernafasan Kementerian Kesihatan, Agus Dwi Susanto, berkata kes jangkitan pernafasan akut meningkat sejak awal tahun ini akibat pencemaran udara.
Kes terus melonjak kepada 200,000 pada bulan ini.
Pada tahun 2022, purata kes bulanan kurang daripada 100,000 kes.
Oleh itu, orang ramai yang mempunyai aktiviti luar dengan tempoh lebih lapan jam dinasihat memakai pelitup muka antipencemaran.
Indonesia melancarkan kereta api transit aliran ringan autonominya untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran di Jakarta yang berpenduduk ramai.