comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Indonesia-Malaysia saudara serumpun – Jokowi

KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Joko Widodo menyifatkan hubungan Indonesia dan Malaysia sebagai saudara serumpun bukan sekadar negara jiran kerana kedua-duanya mempunyai ikatan sejarah yang kuat sekali.

Beliau berkata, Indonesia adalah antara negara yang membuka hubungan diplomatik sejak awal Malaysia merdeka pada 1957.”Jadi hubungan seperti itu jangan dilupakan kerana keduanya negara serumpun ada ada ikatan sejarah yang kuat.

“Kedua-duanya, Indonesia dan Malaysia ada hubungan erat dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan langsung, yang mana kini terus meningkat.

“Hubungan dalam sektor itu perlu terus diperkukuhkan dan dikekalkan,” katanya dalam tembual eksklusif dengan Media Prima, baru-baru ini.

Temubual itu dikendalikan wartawan penyiaran, Fiza Sabjahan.

Jokowi yang kini Pengerusi ASEAN menegaskan beliau tidak mahu timbul sebarang masalah dengan Malaysia sehingga menyebabkan perdagangan menurun dan pelaburan menyusut.

Katanya, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlaku dan perdagangan serta pelaburan kedua negara perlu terus ditingkatkan

OCS selaras, tambah baik urusan pekerja Indonesia di Malaysia

Mengulas mengenai perlindungan pekerja migran Indonesia (PMI) di Malaysia, beliau mahu perkara itu terus diperbaiki dan ditingkatkan dan diselaraskan dengan menggunakan hanya satu ‘One Channel System’ (OCS).

“Melalui OCS akan memudahkan penyelesaian jika timbul sebarang pertikaian dan masalah di lapangan. Kita juga menggalakkan pembangunan pusat pembelajaran komuniti yang mana anak-anak PMI ini dapat belajar di Malaysia. Ini penting,” katanya.

Mengulas isu ASEAN, Jokowi yang dilantik Pengerusi ASEAN, November lalu menegaskan beliau mahu menumpukan kepada dana kecemasan kesihatan yang sangat penting dalam menghadapi pandemik di atau penyakit yang baharu di masa depan.

“Untuk itu kita sudah membentuk Dana Khas ASEAN atau ‘ASEAN Response Fund’. Dana itu akan dikumpulkan dari seluruh negara anggota ASEAN yang mana dana ini akan dibelanjakan bagi pembiayaan vaksin, ubat, peralatan kesihatan.

“Selepas ini, ASEAN akan segera menggerakkan operasi Pusat Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Baru ASEAN yang mana pusat ini sangat penting dan memberikan banyak manfaat kepada masyarakat di ASEAN,” katanya.

Turut dicadangkan kerjasama ASEAN dengan industri ubat, farmasuetikal, kesihatan dan pengeluar vaksinasi antarabangsa dalam mengatasi kebergantungan kepada sumber luar selain menjadikan ASEAN lebih berdikari bagi menghadapi ancaman pandemik dan wabak penyakit.

ASEAN wujud pemusatan pertumbuhan

Berhubung pembangunan ekonomi ASEAN, Jokowi menegaskan beliau menyasarkan ASEAN dapat mewujudkan Pemusatan Pertumbuhan – “Epicentrum of Growth” untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi di rantau ini dan di dunia.

“Ini kerana katanya ASEAN memiliki potensi yang besar dengan jumlah penduduk 650 juta. Ini satu kekuatan besar dan perlu diutamakan.

“Pertumbuhan ekonomi kita selalu di atas dalam kebanyakan negara di dunia. Rantau ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan potensi ini harus diperkukuhkan lagi,” katanya yang melihat potensi ASEAN menceburi sektor pengeluar kenderaan elektrik (EV) dan pendigital.

Dalam temubual khas itu, Jokowi turut melihat potensi ASEAN dalam pembangunan keselamatan makanan dengan memanfaatkan kelebihan sebagai negara pengeluar besar ketiga terbesar di dunia dan penerokaan pertanian baru seperti gandum dan soya bagi mengelakkan kebergantungan kepada negara luar rantau Asia Tenggara.

Loading...
Terkini