Tumpuan :
Luar Negara

ICC buka siasatan baharu terhadap jenayah perang Sudan

FOTO: Reuters

THE HAGUE, BELANDA: Mahkamah Jenayah Antarabangsa, ICC membuka siasatan baharu terhadap dakwaan jenayah perang di Sudan yang mencetuskan kebimbangan besar terhadap keganasan yang semakin meningkat.

Pengumuman itu dibuat oleh ketua pendakwa raya, Karim Khan, dalam laporan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Siasatan baharu itu bakal dibuka selepas tiga bulan perang antara jeneral yang bertelagah menjerumuskan negara timur laut Afrika itu dalam keadaan huru-hara.

ICC sebelum ini sudah menyiasat jenayah di wilayah Darfur, Sudan sejak 2005 selepas UNSC dan mahkamah yang berpangkalan di The Hague, Belanda mendakwa bekas pemimpin, Omar al-Bashir dengan kesalahan pembunuhan beramai-ramai.

Keadaan bertambah teruk dalam pertempuran baru-baru ini, dengan pegawai tertinggi PBB di Sudan menyeru pihak yang bertelagah untuk menghadapi akauntabiliti.

Berikutan itu, kira-kira 3,000 orang terbunuh dan tiga juta kehilangan tempat tinggal sejak pertempuran antara ketua tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan dan bekas timbalannya, Mohamed Hamdan Daglo dari kumpulan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Loading...
Terkini