Tumpuan :
Luar Negara

Hujan batu badai Kuwait

FOTO: AFP

KUWAIT CITY: Penduduk di ibu negara Kuwait dikejutkan dengan fenomena hujan batu yang membadai negara itu secara tiba-tiba.

Visual kejadian dengan permukaan jalanraya yang diselaputi seakan-akan salji kini tular di media sosial.

Pusat meteorologi Kuwait dalam pada itu memaklumkan negara teluk berkenaan bakal dibadai hujan sekejap-kejap bermula Selasa hingga Rabu.

FOTO: AFP

Jabatan itu juga telah mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan ribut beserta hujan batu dijangka bakal membadai.

Angin kencang dengan kelajuan 55 km/j juga bakal menjejaskan jarak penglihatan di beberapa kawasan.

Rentetan itu, pihak kementerian mengumumkan penutupan beberapan jalan utama selepas banyak jalanraya digenangi air ekoran hujan lebat.

Kebiasaanya, cuaca di Kuwait boleh mencecah sehingga 55°C pada musim panas namun boleh menjunam serendah 2°C sewaktu musim sejuk.

FOTO: AFP
Loading...
Terkini