Tumpuan :
Luar Negara

Hospital di Gaza bergelut, ketandusan bantuan keperluan

FOTO: Reuters

GAZA: Gaza terus bergelut dan lumpuh dengan bantuan kemanusian khususnya ubatan-ubatan untuk memasuki semenanjung dan utara wilayah itu.

Menurut Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Marwan Jilani, meskipun beberapa konvoi bantuan telah dibenarkan masuk menerusi Rafah, hospital dan pusat perlindungan tidak menerima sebarang bantuan diperlukan.

Katanya, ratusan trak yang membawa bantuan itu tidak mampu memenuhi keperluan yang kian meningkat.

Walaupun ada perbincangan antara Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dengan UNRWA yang bertanggungjawab untuk menerima dan mengagihkan bantuan ini, ia tidak dapat digerakkan kerana tiada bantuan untuk utara Gaza.

Ia termasuk hospital Al-Shifa, Hospital Indonesia, Hospital Al-Quds dan semua pusat perlindungan orang ramai tidak menerima sebarang bantuan

FOTO: Reuters

Selain itu, beliau menyifatkan situasi sangat terdesak di Hospital Al-Quds di Tel Al-Hawa yang bukan sahaja menampun pesakit malah menjadi tempat lebih 14,000 individu mencari perlindungan.

Lebih sulit situasi di beberapa hospital di Gaza juga terancam apabila institusi kesihatan turut menjadi sasaran serangan rejim Zionis.

Loading...
Terkini