JAKARTA: Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara Indonesia meletus dengan memuntahkan abu tebal setinggi 1,000 meter dari puncaknya, kata Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi pada Isnin.
Letusan berlaku pada 1.55 pagi waktu tempatan selama 175 saat, lapor Agensi Berita Xinhua.
Pada 1.44 pagi waktu tempatan, gunung dengan status tahap ketiga juga meletus dengan abu setinggi 500 meter selama 167 saat.
Penduduk dilarang melakukan sebarang kegiatan dan telah dipindahkan dalam radius 3 kilometer dari puncak, dan mendesak orang ramai menggelak berada berhampiran dengan sungai yang mengalir dari Gunung Sinabung.
Pihak berkuasa juga meminta penduduk memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah untuk mengelak terhidu abu gunung berapi.- BERNAMA