SANTOS: Presiden FIFA, Gianni Infantino mengakui kecewa dikecam peminat bola sepak selepas dilihat berswafoto di majlis penghormatan legenda bola sepak Brazil, Pele.
Dalam kenyataan yang dimuatnaik di akaun media sosialnya, Infantino memberitahu beliau cuma memenuhi permintaan swafoto bersama ahli pasukan dan keluarga Pele.
Infantino dikecam hebat dan turut dituduh tidak menghormati upacara apabila dia turut dilihat tersenyum dalam foto yang menyaksikan dia berada dekat dengan keranda.
Beliau merupakan antara ribuan yang hadir di Stadium Vila Belmiro, Santos bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Pele.