MEXICO CITY: Kurang seminggu insiden perlanggaran keretapi di Mexico berlaku, satu lagi insiden tercetus menyaksikan sebuah gerabak kereta api terbakar secara tiba-tiba.
Kejadian itu berlaku di stesen metro yang sibuk, Politecnico.
Menurut pihak berkuasa, penumpang berjaya menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, perkhidmatan kereta api Mexico City dihujani banyak kritikan rentetan beberapa insiden yang berlaku.
Minggu lalu, seorang maut manakala 57 cedera ekoran perlanggaran kereta api.
Pada 2021 pula, nahas kereta api terburuk pada tahun itu mengorbankan 26 orang dan mencederakan 60 lagi mangsa.