comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Gencatan senjata di Gaza dilanjutkan 48 jam

FOTO: Reuters

GAZA: Gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza dilanjutkan selama dua hari, menurut kumpulan Palestin dan pengantara Qatar pada Isnin, sekali gus membuka jalan untuk pembebasan selanjutnya tebusan dan banduan.

Dengan hanya beberapa jam sebelum jeda kemanusiaan tamat awal Selasa, Hamas berkata, persetujuan dicapai untuk memanjangkannya selama 48 jam di bawah terma sedia ada.

Tiada pengesahan segera daripada pihak Israel mengenai lanjutan itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres bagaimanapun memuji lanjutan gencatan senjata itu dan menyifatkan sebagai “sekilas harapan dan kemanusiaan di tengah-tengah kegelapan perang.”

Qatar dengan sokongan Amerika Syarikat dan Mesir terbabit dalam rundingan sengit untuk mewujudkan dan memanjangkan gencatan senjata di Gaza.

11 warga Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran kepada 33 tahanan Palestin, yang kebanyakannya dikatakan di bawah umur.

Warga Israel yang dibebaskan adalah dua warganegara Perancis, Jerman dan Argentina, tambah Qatar.

Israel sudah jelas bahawa jeda kemanusiaan itu untuk membolehkan Hamas membebaskan lebih ramai daripada kira-kira 240 tebusan yang ditahan sejak serangan 7 Oktober.
Sehingga kini, perang itu membunuh 1,200 warga Israel dan warga asing, manakala di Gaza, hampir 15,000 terbunuh.

Kebanyakan penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal dan mereka kekurangan barangan keperluan.

Sepanjang empat hari tempoh pertama gencatan senjata sementara itu, 50 tebusan dan 150 tahanan Palestin dijangka ditukar antara kedua pihak. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini